sudah lama evy tidak menjenguk blog ni..bukan apa,sebenarnya evy ni sibuk menanam bunga2 yg kawan2 forum evy kirimkan…sejak dari awal bulan lalu,evy sibuk berforum dengan kawan2 evy yang baru…apa lagi bincang tentang bunga2 la..topik kegemaran ku…emmm..yummy..yummy..di forum tu kami bertukar-tukar pokok bunga..best juga,dapat tambah koleksi bunga…kelmarin evy dapat kiriman pos laju dari sist nanie..gelang kristal dan mutiara yang akan saya jual pada kawan2…pos laju dari sist rika pula segalanya bunga..orkid,periuk kera,cutting bunga raya..thank you sist…yg masalah sekarang saya tidak cukup pasu nak tanam bunga2 saya..ada juga bagi pokok orkid dgn jiran.lepas ni ada lagi kawan2 di forum nak kirim bunga…biar la tiada tempat tanam,asal ada kawan offer bunga..terkam saja..hehehe…thank you forumer friends..alifinara,cikna,alamanda_c,Mas..many more..bulan ni adalah bulan saya menerima kiriman cutting bunga2 and bulan menanam bunga…emmm..i love gardening forever…
Sibuk…?Berforum…. 08/08/2009
sejak beberapa hari ini,sibuk sangat nak berforum dgn kawan-kawan baru di forum.cari.com best juga ikut mereka beforum sebab banyak maklumat yg kita boleh dapat..banyak kawan baru dan boleh juga dapat bunga2 dari kawan2 tu.baru semalam saya kirimkan benih bunga matahari kepada kawan dari terengganu(cdini) dan sunor(kajang)…harap2 biji beni tu sampai dgn selamat….selain forum ttg bunga,ada juga ttg keluarga dll.
Bunga…oh Bunga(part2) 08/01/2009
Bunga ni kalau tidak silap saya kena pangil dengan nama’crown of thorn’..nama melayu tidak pasti lah pula.Saya sayang sangat dengan bunga ni sebab ia adalah hadiah dari my dearest mum.Jauh…..betul peralanan ni bunga ni…My mum kirim kan dari Kampung Linsuk Sabah ke Seri Kembangan Selangor(rumah saya…)Masa mula-mula sampai tu(bulan 6),cuma ada keratan pokok bunga ni dan daun-daunnya yg tinggal beberapa helai dah kekuning-kuningan.Sebenarnya ada 4 pokok mum kirim tapi yg satu pokok lagi tu tiada ambil gambar..Pada mulanya saya rasa macam tidak yakin bunga ni dapat tumbuh sebab batang bunga ni dah lembik sikit pastu tak ada akar pula tu…Tapi oleh kerana saya sayangkan bunga ni dan amat menghargai pemberian my mum,saya try-try celupkan pangkal batang bunga tu dengan serbuk penggalak akar dan tanamkan.Sungguh tidak saya sangka,selepas 1 minggu saja,daun-daun baru mula tumbuh dan tunas-tunas baru pun mula keluar…Hahahaha…Happy bukan main hati ku…Nasib baik tumbuh juga kau ya bunga…..Lo….ve…you…Sekarang sudah hampir dua bulan(dalam gambar),bunga-bunga tu da mengeluarkan bunga.My mum bagitahu ada warna merah,kuning,oren dan pink bunga ni.Tapi yang baru mengeluarkan bunga ialah oren dan merah saja.Saya ni sebenarnya sangat suka menanam bunga…Asal saja namanya menanam,mesti saya akan suka…Adik saya cakap saya ni ‘tahi bunga’…Emmm,lantak lah yang penting saya minat dan happy hehehe…Mum,kalau ada lagi bunga-bunga kat kampung tu,kirim lah lagi kio…tamaha betul kan…hahaha..sekarang saya sudah order bunga dari adik saya di kampung tu,bunga teratai,bakung,orkid dan periuk kera…sist Rika cepat-cepat kirim bunga yang saya order tu kio…
Ni pula cerita tentang bunga Gloxina(tak pasti panggil nama apa dlm melayu).Bunga ni suami belikan untuk saya masa kami sekeluarga pergi bercuti di Cameron Highland awal tahun ni.Cantik kah bunga ni?Cantik tu cantik juga tapi saya tidak berapa berminat dengan bunga ni sebab takut ia tidak dapat tumbuh bila sampai kat rumah saya.Tapi oleh kerana suami yang belikan,saya jaga juga bunga ni sepenuh hati walaupun tidak yakin bunga ni akan bertahan di tempat yg panas(kan cameron tu tempat sejuk…)Mula-mula sampai di rumah selama seminggu ok lagi bunga ni,tapi selepas itu bunganya mula layu,daunnya satu persatu jadi kuning dan gugur sampai botak pokok bunga ni…yg ada cuma pokok dan daun yg bantut saja.Suami saya cakap “ohoo..bunga yg saya beli tu sayang betul..tidak lama lagi mesti mati lah tu…” Sedih juga bila tengok bunga tu,teringin betul saya cabut pokoknya dan buang terus dalam tong sampah tapi dlm hati,saya tidak sanggup..so saya cakap dengan suami saya “jgn putus asa,saya mesti jaga bunga ni sampai ia subur dan keluar daun balik.Bunga ni suami saya bagi so saya mesti berusaha..” Suami saya cuma mengeluh..tidak yakin bunga ni akan tumbuh lagi..(sayang,saya tidak ambil gambar masa bunga ni jadi botak..) Dan selepas beberapa bulan….awak semua tengok lah hasil dari usaha saya yang tidak kenal putus asa…teng…teteeng…….
akhirnya…tumbuh daun yang besar dan siat.putik-putik bunga yang baru pun mula kelihatan..tinggal tunggu putik bunga tu berkembang saja.Harap-harap jadi lah putik bunga tu,yang penting jangan terkena air saja putik tu…Bila melihat bunga ni tumbuh segar dan anggun kembali,suami saya kelihatan happy dan memberikan saya galakan “aiii…ni kan bunga yang botak dan hampir mati tu?wah..sudah cantik,ada bunga pula tu.emm,pandai kau jaga bunga…” Bila dengar suami puji macam tu(suami saya ni memang ‘alergik’ dgn bunga-sangat tdk minat bunga),tambah bersemangat saya nak menanam bunga.
Saya ni kalau nak bercerita tentang bunga,sampai tahun hadapan pun tidak habis.Nanti-nanti lagi saya bercerita tentang bunga kio.Sakit tengkuk saya sebab sudah 3 jam duduk depan computer….macam ada bau ketiak saya tercium…(saya…belum mandi dari bangun tidur…hahaha…kan hari ni hari sabtu,so saya tdk payah buat banyak kerja sebab anak-anak tdk payah pergi ke sekolah.Bangun saja terus berdepan dgn computer ni…)
Oh ya kepada pelawat-pelawat/peminat-peminat bunga yang datang ke blog saya ni(blog yang tidak seberapa ini),sila lah share-share pendapat tentang bunga ya,tak kisah lah apa-apa pun jenis bunga.Pasti best….
Bunga…oh…Bunga(part 1) 08/01/2009
Setiap hari melakukan kerja yang sama kadangkala boleh membuatkan saya merasa teramat boring…bosan giler!!!!macam dah tak ada aktiviti lain yang dapat dilakukan….otak dan anggota badan secara automatik akan memberitahu saya apa yang perlu dilakukan pada setiap hari apabila saya bangun pagi….huhh….tapi bila difikir-fikir balik,memang patut pun saya membuat kerja-kerja di rumah sebab itu adalah tanggungjawab yang saya harus jalankan apabila sudah berkahwin dan ada anak-anak.kalau bukan saya,siapa lagi kan???so,saya set kan dalam otak,semua kerja-kerja dalam rumah dan mendidik anak-anak adalah sebuah tanggungjawab tapi bukan kerja yang mesti dilakukan…dengan itu saya akan menjalankan tugas saya sebagai ibu,isteri dan surirumah dengan senang hati dan tidak tertekan….(ia ke ni….hehehe…)
apabila penat melakukan tugas-tugas di rumah,saya akan keluar ke balkoni rumah,membelai bunga-bunga di taman….apabila melihat bunga-bunga yang ditanam dengan tangan sendiri tumbuh dengancantik dan subur…hilang semua tension….so,nikmatilah keindahan bunga-bunga yang ada di taman saya….(taman kunun…)
emmm…macamana??cool kan bunga-bunga saya…i’m proud of my self….hahaha… puji diri sendiri ni…dalam gambar tu antara bunga-bunga kesayangan,ada banyak lagi dalam koleksi…kaktus,orkid(yang lama dah tidak berbunga..hehhe)…nanti-nanti kalau saya rajin ambil gambar(kamera saya abis bateri bah….),saya kasi upload lagi di blog ni kio…
Belajar Menabung!!! 07/31/2009

Hah…ni duit syiling yang anak-anak saya simpan dalam tabung pig yang cute tu…Bukan apa kalau ajar anak-anak menabung sejak dari kecil lagi,mesti mereka akan pandai berjimat cermat dan pandai menyimpan duit sampai bila-bila.Ni bukan apa,cuma siok-siok kira duit syiling tu…jumlah semua duit syiling tu sampai penuh tabung pig yg kecil adalah rm150 lebih…emmm…berbaloi kan mengajar anak-anak menabung…..
Rindu Sangat Kampung Halaman-Linsuk…. 07/31/2009
Seingat saya,saya ada pulang kampung yg bulan mei tahun lepas tapi itu pun tidak dapat mengubati rindu yang teramat sangat pada kampung yang tercinta.Kampung yang telah banyak menyaksikan perjalanan hidup ku.Banyak kenangan manis,pahit yang telah tercipta di kampung ku yang aku rindui iatu Kampung Linsuk…..Bila lah agaknya akan dapat pulang lagi di kampung yang tercinta ini…Rindu betul mau pigi cari rebung lepas itu rindu betul mau jumpa kawan-kawan saya yg sama-sama sekolah dulu-dulu lagi.Ntah mana sudah dorang semua tu…Sejak habis sekolah masing-masing bawa diri,ntah dapat kenal kah tidak kalau saya terjumpa dengan classmate/schoolmate yg dulu2…Almaklumlah,mungkin sekarang ada yg sudah berkahwin dan beranak pinak.Mungkin ada yg jadi kurus,lawa dan gemuk…Kini sudah hampir sebelas tahun saya menetap di tempat orang(Selangor),kalau diberikan pilihan saya tetap memilih untuk tinggal menetap di Kampung Linsuk…Biarpun sekarang ini hidup di kota besar tapi saya lebih merindui dan menyukai tinggal di kampung yang aman damai dan penuh dengan kehijauan…Semoga hujung tahun ini dapat lah saya dan keluarga balik kampung.Disamping dapat melawat ibubapa tersayang serta adik beradik yg lain,dapat juga saya memperkenalkan suasana dan budaya kampung kepada anak-anak saya yg sudah hampir enam tahun tidak menjejak kan kaki di tanah Sabah.Anak saya yang lelaki bongsu tu;Charlton,dia cakap sangat sukakan suasana kampung…dia ni tidak cerewet…pergi mana-mana pun dia suka…Tapi kalau anak perempuan sulung tu,susah sikit sebab dia ni sangat cerewet dengan makanan dan keadaan sekeliling.Pantang ada tanah atau lumpur pasti menjerit atau merungut.Kalau makanan sayur-sayur kampung pasti dia tidak mau makan…Tapi anak perempuan saya;Charity@Yen,dia cakap mau juga balik kampung sebab nak merasai suasana tinggal di kampung,tinggal di rumah yg ada tangga dia bilang…rumah yg kami tinggal sekarang rumah batu so bila nampak rumah papan kat dlm buku teks sekolah dia,dia pun cakap mau rasa tinggal di rumah papan….Kampung Linsuk tunggu kedatangan kami kio!!!!!Coming soon….Harap-harap laki ku dapat bonus lebih dan bos bagi cuti panjang sikit…dapat lah naik kapal terbang hujung tahun ini….Terus aramaitiii di kampung….
yang gambar ni my mum,my youngest brothers and sist and dad di rumah kampung….miss them very much…
gambar ni pula saya ambil semasa pergi melawat Antie Yoyo Radum diĀ Ulu Dusun Sandakan.
emmm…ni gambar masa saya melawt my sist Dianie@Nurul di Sandakan.Kami pigi piknik kunun ni..tapi tidak tahu apa nama tu pantai.hehehe…Lauk kami makan tu ikan basungan ampap bambangan,kari kepala ikan dan sayur pakis…sedap tau sebab saya yg masak…(puji diri sendiri…)

Aramaitiii!!!!Hah…ni lah kebiasaan kalau di kampung…tu Tinah(my grandmother)yg pegang tapai…drink sangalazzz….yg gambar kedua tu dari kiri ke kanan antie Timah(baju biru),saya(baju hitam),Tinah(bau bunga2),antie Limah(seluar biru) dan antie Mainie(ada beg pink).Mereka semua datang ke rumah sebelum saya berlepas ke airport KK untuk balik ke Selangor.Sempat juga dorang semua ni siop tapai…hehehe….Harap-harap bila dapat pulang kampung hujung tahun ni,dapat lagi berkumpul dgn semua sanak saudara yg sudah berkurun lama tdk jumpa…best tau kalau berkumpul dgn semua keluarga.butul-butul aramai tii…
H1N1? 07/31/2009
sejak dua hari yg lepas,saya merasa tidak sedap badan.mula-mula ingat mungkin kena panas masa hantar anak pergi sekolah.Tapi malam kelmarin mata mula terasa panas dan berair..tekak mula terasa pedih seperti ada kaktus.Bila nak tidur,kerongkong mula rasa sakit..itu ‘lorei’(air liur) pun keluar,sebab sakit nak telan….bila lepas sehari demam masih juga sakit,saya mula merasa bimbang..almaklumlah sekarang kan famous itu H1N1…takut kalau-kalau kena jangkit tu penyakit..kalau lambat pergi jumpa doktor ble KO!…Tapi hari sakit kerongkong sudah hilang,demam pun dah tiada…Mungkin demam selesema biasa saja..kan sekarang ini cuaca tidak menentu…So,malas lah nak pergi jumpa doktor bila dah sihat sikit…Saya yakin bukan H1N1….hehehe…
selepas dua hari asyik terbaring saja di atas tilam kerana demam,ni wajah ku yg ceria….heheehe…bestnya dapat bangun dan bermanja-manja dengan pokok bunga kesayangan ku kaktus,adenium dan lily…..saya bertekad mulai dari hari ini,akan minum air secukupnya dan juga memakan vitamin yg diperlukan oleh badan supaya penyakit pun tidak dapat hinggap walaupun di kulit ku…hahahaha….
PENGUMUMAN TERGEMPAR!!!!!!! 07/14/2009
salam sejahtera kepada kawan-kawan,saudara-saudari di seluruh pelusuk negara……Di sini saya ingin mengumumkan,saya ada menjual barang-barang perhiasan diri seperti gelang mutiara dan kristal asli yg di import dari negeri kelahiran saya iatu negeri di bawah bayu Sabah.sesiapa yang berminat sila lah sudi menghubungi saya di alamat email ddianacarol@ymail.com atau hubungi no.telefon Mrs.Diana 0192197368/Mrs.Nurul@Dianie 0198415635.
Sila lah kunjungi my dashboard/blog ( evybusiness.wordpress.com) “all our dreams can come true if we have the courage to pursue them..”
Di harap saudara dan saudari serta kawan-kawan sudi lah menyokong saya.Thank you very much…..
































